About Me

My photo
kulim, kedah, Malaysia
mencari kedamaian hakiki...bertemu muara sang pencipta..touch the soul with love..hidup x selamanya indah...cinta x selamanya duka...tp kasih selamanya...abadi.. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”

Sunday 29 January 2012

Buat Mujahidku..



Buat mujahidku..
Biarlah aku berbicara dari hati ke hati denganmu..
Andai dia jodohku..
Biarlah dia itu seorang yang sangat menjaga ikhtilat..
Baik dengan sahabat muslimin dan muslimat..
Moga dengan maruah dan nama baikmu terpelihara..
Kerna seseungguhnya kau sedang menjaga nama baik Islam..
Tetapi bukanlah bermaksud dirimu tidak pandai bersosial..
Bagimu..
Itulah syarat untuk bersosial dengan menjaga diri dan maruah agama..
Agar fitnah tidak kena pada deen tercintamu..

Buat mujahidku..
Meskipun kau sesibuk mana..
Masjid menjadi rumah utama dalam menunaikan solat fardu..
Terutama solat subuh..
Kerna kau sangat tega menjaga hadis Nabi saw ini..
Bahwa kaum Yahudi sangat takut akan suasana umat Islam yang menunaikan solat Fardu Subuh seramai solat Jumaat..

Buat mujahidku..
Tidak aku inginkan mahar yang mahal dan hantaran yang banyak..
Cukuplah mengikut kemampuanmu..
Dan sebolehnya dengan janji sepelajaran Al Quran..
Kau bisa sabar mengajarku menghafaz dan menghayati Kalamullah sebanyak 30juzuk..
Bulan madu kita bukanlah ku damba di mana kawasan peranginan mewah..
Tetapi cukuplah kita sama2 berumrah ke Tanah Suci Mekah dan memadu kasih bersama sang KEkasih di Madinah..

Buat mujahidku..
Sungguh rupa,harta dan keturunan tidak menjadi syaratku..
Andai agama masih kukuh kau simpan..
selama itu aku akan mencintaimu sepanjang hayatku..
Namun maafkan aku kerna sebelummu..
Aku telah memadukanmu..
Telah ku peruntukkan hati buat sang lelaki Agung bernama Muhammad SAW..
Demi cintaku padanya..segala perintahmu yang tidak bercanggah dengan syariat akan ku turuti..
Semoga akhlaq dan santunmu seindah akhlaq Kekasihku itu..

Buat mujahidku..
Ingin aku menikmati kemanisan rumah tangga seperti rumah tangga Baginda SAW..
Segala sunnahnya akan sama kita cuba praktikkan..
Sekurang-kurangnya kita berusaha..
Semoga senyuman Rasulullah kita sama2 dambakan..
Demi reda ALLAH kita saling berlumba..

Buat mujahidku..
Aku tahu keperluan seorang anak mematuhi arahan ibunya..
Dan aku akur sayang..
Kerna telah ku mengerti ketetapan Illahi yang sangat memuliakan kaum wanita..
Syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu..
Begitu jua syurga seorang isteri bergantung pada suaminya..

Buat Mujahidku..
Ingin aku menyahut seruan Baginda Rasulillah saw..
Baginda sungguh bangga melihat umatnya yang ramai di Masyar kelak..
Semoga ulama(anak) yang bakal dilahirkan nanti..
Mari kita sama melamar bidadari syurga untuknya dengan mahar syahid di jalan ALLAH..
Jika ada sepuluh orang anak..
Akan kita korbankan dan hantar semuanya berjihad fi sabilillah..

Buat Mujahidku..
Sungguh aku ini pencinta talaqi..
Kau jua pencinta majlis ilmu..
Aku ini pencinta ulama..
Kau jua pencinta para ahlul bait..
Semoga sama-sama kita mampatkan hati dan otak dengan ilmu yang berguna agar bertambah keredaan ALLAH..
Niat diluruskan lagi..
Berguru kepalang ajar,dapat rusa berbelang kaki..
Tapis yang keruh, guna yang jernih..
Ilmu dan pengalaman yang ada untuk mendidik ulama..

Bersama kita mempersolehahkan diri lagi..
Bersama hingga ke syurga nan kekal abadi..

No comments:

Post a Comment