بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
... Yaa Rabbi...
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rekan-rekan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap senin & kamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..
Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..
Krna telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya dan..
Ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya
Dunia ini sudah tidak lama lagi.. jika ada jodoh di dunia,
Kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..
Aku ingin kau tahu bahwa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~
